Sejarah Espreso TV

Saluran TV itu mula bersiaran pada 24 November 2013 jam 12:30 dengan siaran langsung perhimpunan pembangkang semasa Euromaidan di Kyiv. Espreso mula bersiaran tanpa mendapatkan lesen terlebih dahulu.[1] Majlis Kebangsaan Ukraine mengenai Penyiaran Televisyen dan Radio mengeluarkan kenyataan dalam agenda mesyuarat pada 20 November berkenaan isu pengeluaran lesen kepada saluran Espresso TV.[2].

Pada 22 Januari 2014, seorang wartawan Espreso TV Dmytro Dvoychenkov telah diculik, dipukul, dan dibawa ke lokasi yang tidak diketahui. Dia kemudiannya dibebaskan.[3]